Saturday, February 7, 2009

~Specially Dedicated to Ruwaida~

Pernah ku katakan

Kala waktu dulu

Kalau pengorbanan mu seluhur ibrahim dan ismail

Namun kini

Kau perlu lebih cekal

Mengorak langkahmu

Meniti hari mendatang

Kerana kau perlu mengikhlaskannya

Merelakan dan meredhakan semuanya

Kami hanya mampu memerhati

Kerana kami tidak sekuat kamu

Namun kami mahu kau tahu

Kalau kami tetap disini

Selagi nafas dapat dihela

Selagi punya daya dan kekuatan

Kakan mendampingi mu selalu

Kerana kami mahu kau tahu

Bahawa kami sedia menjadi tempat kau meluah rasa

Tempat kau mencurah hiba

Tempat kau tawa gembira

tempat kau mencoret senyum

Kami hanya mampu meminta dariNya

Agar kekuatan itu bisa kau miliki

Agar kau bisa menggagahi semuanya

Biarlah ikatan kasih ini

Menjadi kekuatan buatmu

Wahai sahabat

Wahai teman

Ya Allah.

Aku pinta dariMu

Kurniakanlah kekuatan buat sahabatku

Tempatkanlah bondanya di tempat orang yang soleh

Di tempat yang dekat padaMu

Tempat orang yang beriman

Agar dia selalu aman

Aku pohon dariMu

Bantulah kami

Agar bisa menjadi pendamping setiaNya



Hayatilah lirik lagu ini yg menggambarkan betapa sahabat2mu disini selalu menyokong mu


Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah

Reff:
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Back to Reff:

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Back to Reff:



http://www.youtube.com/watch?v=rtt9vWueFpc


No comments:

Visitors