Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah.
Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.
Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman,
untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka,
untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh,
demi bersama meraih syurgaNya.
Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman
lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah,
teman ke syurga.
"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami"
(20:29-35)
Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu
menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat
memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian
dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah.
Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh
mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila
mempunyai teman yang seiring dan sejalan?
Saidina Umar mengatakan,
"Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada
seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh.
Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya,
maka hendaklah ia berpegang kepadanya"

Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya',
iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.
Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan,
yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah,
yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik?
MENJADI TEMAN KE SYURGA dan mencari teman ke syurga,
segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat.
Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,
dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.
"Hai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya"
(3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan
hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut
batas kemampuan yang ada pada dirinya.
Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan
maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan
yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya,
dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah
diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.
Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan
"ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan",
memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah.
Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga?
Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong
seseorang mencari teman ke syurga,
menemaninya dalam kehidupan siang harinya,
mendampinginya dalam ibadah malamnya.
Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada
Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi)
terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan
dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan
urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah.
Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah
seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman
ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah.
Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan,
akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah,
lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".
Khas buat sahabat2ku yg disayangi..=]
[PERSAHABATAN]
[PERSAHABATAN]
Kau bagaikan tebing
Seringkali dipukul badai
Kurela menjadi aur
Kita saling memerlukan
Susah senang kita hadapi
Demi cita dan perjuangan
Rintangan yang menghalang kita
Tempuh dengan kesabaran
Mari kita bersatu
Kukuhkan persahabatan
Untuk masa hadapan
Yang lebih bercahaya
Kita insan biasa
Penuh dengan kekurangan
Teguran dan peringatan
Mengukuhkan persahabatan
Rahmat dan kasih sayang Allah
Yang Maha Esa
Itulah yang diharapkan
Meredhai kejayaan
Seringkali dipukul badai
Kurela menjadi aur
Kita saling memerlukan
Susah senang kita hadapi
Demi cita dan perjuangan
Rintangan yang menghalang kita
Tempuh dengan kesabaran
Mari kita bersatu
Kukuhkan persahabatan
Untuk masa hadapan
Yang lebih bercahaya
Kita insan biasa
Penuh dengan kekurangan
Teguran dan peringatan
Mengukuhkan persahabatan
Rahmat dan kasih sayang Allah
Yang Maha Esa
Itulah yang diharapkan
Meredhai kejayaan
No comments:
Post a Comment